Tuesday, 14 August 2012
Saturday, 11 August 2012
malam yang sejuk
fuhh!kesejukan yang melanda diriku pada malam ni tidak dapat aku menahan ia sampai pagi esok,kerana..aku tidur tidak berselimutkan kain selimut yang selesa doe..!kelihatan asap yang terapung diatas air atau ia dikenali sebagai kabus,huyyo..langit yg cerah yang dihiasi bintang-bintang lagi tuh..lawa siot! Allahuakbar!..err..nape lah aku duk tulis ea,ahu bende wase,harhar~~..
Friday, 10 August 2012
Ulek Mayang
Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian
Sejarah Ulek Mayang
Sejarah Ulek Mayang
Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.
Lirik Lagu
Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia,Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini.
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya enam Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Tuan puteri berbaju serong Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading Tuan puteri berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala |
Nota: Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat. Jangan cari nahas susun nama puteri dari satu hingga tujuh.
Rujukan
Masih Baru Masih Fresh
untuk pertama kali aku masih terpinga-pinga untuk menghasilkan sebuah blog...
mungkin kerana assigment yang diberi oleh Pn Azrind Bt Othman, aku tidak jahil lagi dalam dunia blogger...
kini aq dapat merasai apabila dipanggil seorang blogger walaupun aq masih tidak sehebat blog kawan-kawan aku... aku berharap dengan adanya blog ini, aku dapat mempelajari sesuatu perkara baru dalam hidup aku dan aku dapat men-upgrade lagi blog aku ni...
cam ne pom, aku ingin mengucap beribu-ribuan, berjuta-jutaan kepada kawan aku yang membantu menubuhkan, menyiapkan dan mencantikkan blog aku yang tidak seberapa ini...
aku juga ingin mengucap beribuan terima kasih kepada:-
Mr.X kerana dia telah membantu aku dalam menubuhkan aku sebuah blog yang selama ini aku tidak mengetauhi apa itu blog... terima kasih kawan...
tidak lupa juga kepada kawan aku yang bernama Ikhwan Fikri yang berada di Terengganu bagi mencantikkan lagi blog aku ni... blog aku tidak sehebat blog dia sebab dia banyak pengalaman dan dia juga sifu aku dalam menaik taraf blog aku... terima kasih kawan... ops! sebelum aku lupa, pesanan dari dia jangan lupa follow blog dia juga Klik di sini dan add dia dalam facebook klik di sini...

Subscribe to:
Posts (Atom)